Memandangkan baucer sarapan hanya untuk dua orang, maka aku, mem besar, ayang dan atin kenalah bersarapan kat luar. Kat hotel Hansa JB ni makan tak perlu risau. Dia ada sijil halal dari pihak berkuasa agama islam Thailand. Along dan Angah bersarapan di hotel.
Kami yang lainnya naik tuk tuk untuk bersarapan di luar. Kami mintak tolong pemandu tuk tuk hantar kami ke restoran muslim. Lupa pulak apa nama restoran tu. Kat situ ada jual roti canai. Apa lagi kami pun orderlah roti canai telor. Sambil sarapan adalah sepasang suami isteri sebelah meja kami. Nampak macam muka orang Thailand.Tiba-tiba si suami menyapa kami dalam bahasa melayu pelat Kelantan. Dia kata dia orang Siam tapi dah lama duduk kat Grik, Perak. Kami pun berbual-bual sambil menikmati sarapan masing-masing. Dia syorkan kami ke pasar pagi selepas bersarapan nanti.
Selesai sarapan, kami balik ke hotel. Aku bercadang untuk memandu sendiri ke pasar pagi. Lebih bebas dan mudah untuk bergerak daripada menaiki tuk tuk. Sebelum ke pasar pagi aku pergi mendapatkan peta bandar Hatyai dari kaunter hotel. Senang sikit untuk bergerak dengan adanya peta. Kalau GPS ada map Thailand lagi senang. Takpe..lain kali aku kena upload siap-siap peta Thailand ke dalam GPS.
Kat pasar pagi ni ada banyak jualan pakaian dan makanan. Harganya agak murah. Kalau pandai tawar menawar boleh dapat lagi murah.
Setelah penat shopping di pasar pagi, kami pun mencari tempat untuk makan tengahari. Pusing punya pusing jumpa Restoran Rohana yang menjual makanan muslim. Bagus jugak ni..boleh try makan kat sini pulak. Lokasi yang baik dan tidak terlalu sibuk. Parking pun mudah. Cuba korang tengok senarai menu dia...kira OK lah tu...janji boleh faham
Kami pun order apa yang patut..tomyam tak boleh tinggal. Lepas makan tengahari balik ke hotel untuk berehat. Petang ni target nak pergi pasar terapung. Dia ada hujung minggu jer.
Tepat pukul 5:00 petang kami pun bergerak menuju ke pasar terapung berpandukan peta yang diambil dari kaunter hotel tadi. Dalam bahasa Siam ia dipanggil Thalat Nam Klong Hae. Thalat Nam bererti pasar air manakala Klong Hae pulak adalah nama tempat dimana pasar tersebut diadakan. Selepas memandu lebih kurang 25 minit, kami pun tiba di destinasi yang dimaksudkan. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan.
Jualan makanan adalah di atas sampan yang berada di dalam sungai dan pembeli pula memesan di tebing sungai. Barang-barang yang bukan berbentuk makanan kebanyakannya ada dijual di daratan. Pasar ini lebih meriah diwaktu malam kerana namanya pun pasar malam kan. Tapi kami tak berani nak keluar waktu malam takut balik nanti tak jumpa jalan ke hotel...
Kami langsung tak beli makanan yang dijual di dalam sampan tu kerana walaupun nampak macam sedap tapi tak berapa konfiden akan kehalalannya. Sipenjualnya ramai yang bertudung. Kalau ikut dari segi teori, Islam lah kot. Tapi menurut kata pasangan suami isteri yang kami jumpa masa bersarapan hari tu, tak semestinya Islam. Daripada was-was baik tak payah beli langsung. Kami banyak beli pakaian dan cenderahati. Memang murah dan berkualiti.
Apabila hari hampir gelap, kami pun bertolak balik ke pekan Hatyai. Terus cari kedai Rohana untuk makan malam. Selesai makan malam di kedai Rohana, pusing-pusing di sekitar Lee Garden Plaza untuk cari apa-apa yang nak di bawa pulang esok. Macam-macam jugaklah yang diborong. Sampai penuh tangan masing-masing. Pendek kata memang sangat mengujakan membeli belah di Hatyai ni. Duit kita begitu bernilai. Jadi sape-sape yang suka shopping silakanlah ke Hatyai. Lagi best kalau pandai cakap Siam. Mesti dia orang layan baik punya. Bila dah letih shopping kami pun bergerak balik ke hotel. Pusing punya pusing tak jumpa jalan ke hotel. Kes naya ni. Dah letih dan fed up. Mem besar suruh tahan tuk tuk mintak tunjuk jalan. Aku setuju dengan cadangan tu. Dengan bantuan tuk tuk tersebut kami pun selamat tiba di hotel. Bayar THB40 pada pemandu tuk tuk tu.
Perut pun dah kenyang, badan pun dah penat...so apa lagi zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz