Aku memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai menjual handphone dan mintak bantuan mereka. Tapi mereka ni pulak tak tahu bahasa Inggeris...haru betul . Mungkin mereka berpendapat aku ni memang dah tersesat. Bila aku sebut nama hotel Hansa JB seolah-olah mereka faham. Makcik yang ada kat kedai tu tolong tahankan sebuah motorsikal (motor sapu lah tu...) dan mintak kami ikut motor tu...
Aku pun mulalah mengekori motor tersebut. Koner kiri koner kanan akhirnya sampailah ke hotel Hansa JB. Tak jauh pun dari kedai yang aku bertanya tadi. Aku pun bertanya kepada pemandu motosikal tadi berapa upah menggunakan khidmat dia. Mamat ni pun sama macam pekerja kedai handphone tadi tak tahu cakap Inggeris. Dia tunjuk isyarat 4 jari. Aku agak RM4 lah kot. Bila aku bagi note RM5 (nak bagi ekstra lah konon) dia tak mahu pulak..Dia keluarkan duit Bhat Thailand tah berapa nilai aku pun tak tau. Dia kata nak macam tu. Aku kata tak sempat tukar duit Thailand lagi sambil buat bahasa isyarat menggelengkan kepala dan tangan. Lama-lama mamat tu kesian kat kami kot lalu dia ambik duit RM5 tu dan berlalu dari situ.
Aku pun terus memandu ke lobi hotel. Ramai betul orang kat situ. Dalam hati risau pun ada takut bilik yang aku tempah dah dijual kat orang lain sebab aku sampai dah lewat. Setelah park kereta (tu pun susah jugak sebab security hotel tu tak tau cakap Inggeris..apa lagi guna bahasa isyarat jugak lah dengan broken Inggeris sikit-sikit) aku bergegas ke kaunter penyambut tetamu. Aku berasa sangat lega bila diberitahu bilik yang aku tempah masih ada. Terus check in dan punggah keluar bagasi dari dalam kereta. Dengan bantuan mamat security yang aku berkomunikasi dengan dia macam ayam ngan itik tu, aku dapat parking kereta kat parking reserved betul-betul depan hotel tu. Wah macam VIP lah pulak.
Kami naik kebilik 231. Bagasi dibawa naik oleh seorang porter yang sangat peramah dan fasih berbahasa Melayu pelat Kelantan. Bila aku cerita apa yang berlaku kepada kami dalam perjalanan tadi dia pun ketawa besar. Kami pun bertanya tempat-tempat menarik yang patut kami pergi semasa berada di Hatyai ni. Dia tanpa ragu-ragu memberitahu tempat-tempat tersebut seperti Lee Garden, Pasar Pagi dan juga Pasar Terapung. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih atas pertolongan yang diberikan membawa naik bagasi kami. Tak sempat nak bagi tips sebab duit bhat belum tukar lagi. Kesian dia...
![]() |
Hotel tempat kami menginap |
Selepas mandi, perut terasa sangat lapar. Kami semua turun untuk mencari makan malam. Saya sempat bertanya kepada porter tadi tempat makan muslim yang berdekatan. Dia syorkan kami pergi ke Hamid Restoran. Untuk ke sana kena naik TUK TUK (mungkin teksi dalam bahasa Thailand kot...). Tak susah untuk dapatkan tuk tuk ni. Kat depan hotel pun ada banyak.
![]() |
Inilah dia rupa tuk tuk tu |
Dalam tuktuk sempat jugak berposing anak-anak dara ku...hehehe
![]() |
Along ngan si bungsu |
![]() |
Yang ni Kak Ngah |
![]() |
Yang ni pulak Kak Yang |
Gambar duit Bhat |
Melangkah masuk ke Restoran Hamid punyalah ramai orang. Takde tempat kosong pun. Hmm tak boleh jadi ni. Perut tersangatlah lapar.
Majoriti yang ada kat dalam restoran tu adalah orang Malaysia macam kami jugak. Aku tanya pelayan yang ada kat situ boleh ambil order dulu tak dan reserve meja kosong untuk kami. Nanti dalam 30 minit kami datang balik. Dia kata OK. Aku pun mintak buku menu dan terus buat pesanan. Dia mintak deposit 500 bhat mana tau takut kami tak datang balik. Selesai buat pesanan dan bayar deposit, kami mundar mandir disekitar Lee Garden Plaza.
Aku terpaut pada sejenis makanan yang dijual ditepi jalan. Pulut Mangga. Memang marvellous. Kalau korang rasa sekali pasti nak lagi. Bahan-bahan dia pulut, santan dan mangga. Memang sedap. Mangga dia sangat manis dan lembut. Seolah-olah cair bila masuk je dalam mulut...hhmmm. Harganya murah jugak. Cuma 50 bhat je.
Suasana pada malam tu sangat meriah. Maklumlah malam minggu dan malam Krismas.
Sempat lagi berposing dengan Snow White |
Setelah 30 minit mundar mandir di sekitar Lee Garden Plaza kami pun ke Restoran Hamid semula. Perut pulak semakin pedih. Lapar. Sampai di situ telah sedia meja di reserve kan untuk kami.
Tak lama kemudian, makanan dan minuman yang kami pesan pun sampai. Ni aje yang sempat aku ambil gambar. Yang lain terlupa sebab lapar sangat...
Tomyam kat sini sangat sedap. Rasanya lain dari yang ada kat Malaysia. Yelah sebab dia kan berasal dari Thailand. Kesedapannya hingga menyebabkan habis kesemua kuahnya kami hirup. Antara menu lain yang menjadi santapan kami ialah ikan siakap 3 rasa dan telor goreng dadar. Siakap 3 rasanya sangat garing dan rangup. Memang sedap. Begitu jugak dengan telor dadar. Pendek kata makan kat sini memang marvellous.
Selesai menjamu selera, aku pun memanggil pelayan untuk membayar harga makanan. Bila dia bagi bil terkejut jugak aku. Tak sangka harganya agak mahal. Tapi nak kata apa. Bayar jelah...
Selesai makan, kami terus pulang ke hotel naik tuk tuk lagi. Kerana badan terlalu letih aku terus tidor zzzzzzzzzzzzzzzzz.
Bersambung di Part 3.
No comments:
Post a Comment