Thursday, 29 December 2011

Percutian Ke Hatyai Thailand Dengan Berkereta Sendiri - Part 1

Cuti persekolahan kali ini kami sekeluarga merancang untuk bercuti di Phuket, Thailand dengan menaiki kereta. Tetapi di saat-saat akhir terdapat perubahan. Tak jadi ke Phuket sebaliknya hanya ke Hatyai. Tetap dengan berkereta.

Tarikh yang dipilih adalah dari 24 - 26 Disember 2011. Seminggu sebelum itu aku telah membuat tempahan hotel melalui Internet. Mungkin disebabkan oleh sambutan hari Krismas (25hb) hotel yang aku hajatkan telah habis ditempah (fully booked). Jadi aku terpaksa mencari alternatif lain. Setelah mencuba beberapa hotel lain, akhirnya aku berjaya membuat tempahan di hotel Hansa JB. Kadar yang dikenakan adalah sebanyak THB1885 untuk satu malam (lebih kurang RM190.00). Fuhh..lega. Nasib baik dapat hotel.

Plan awal nak gi 5 orang jer. Tapi tiba-tiba anak ku Si Angah yang sedang menuntut di UNIMAP Perlis pun nak ikut jugak. Katanya waktu tu dia cuti. Tapi dia passport pun takder. Kerana kesungguhan dia aku nak ikut, aku pun bank in duit dan suruh dia buat passport kat Imigresen Perlis. Berjaya. Dia pun macam tak percaya dah ada passport.

Tanggal 24hb Dis, 2011.

Jam 8:00 pagi - Bertolak dari rumah di Bukit Beruntung. Singgah mengisi minyak di Esso Bukit Sentosa. Full tank. Maklumlah nak jalan jauh.


Selesai mengisi minyak perjalanan jauh pun bermula.  

                                                                                                                                   
Berhenti rehat seketika di hentian Ladang Bikam untuk bersarapan pagi. Setelah bersarapan meneruskan perjalanan. Singgah sekejap di rumah mertua di Sg. Petani. Langkah kanan apabila dijemput oleh jiran sebelah untuk join makan kenduri mereka. Save budget makan tengahari...hehehe.

Pukul 2:30 ptg terus ke Simpang Empat Perlis untuk mengambil Si Angah yang telah lama menunggu. Kerana tak biasa dengan lokasi asrama dia, jenuh jugak lah mencari. Pusing punya pusing akhirnya dekat pukul 4:00 ptg baru jumpa. Meneruskan perjalanan ke Padang Besar.

Pukul 5 lebih baru kami sampai di Padang Besar. Singgah di sebuah kedai ejen Kurnia Insurans untuk buat insurans kereta. Insurans Malaysia tak cover sampai ke Thailand. Jadi kena beli insurans Thailand kat sini. Murah je...RM15 untuk seminggu.


Dekat situ juga ada menyediakan khidmat mengisi borang putih untuk masuk ke Thailand dengan bayaran RM1 seorang. Jadi saya terus minta dia buatkan sekali. Kakitangan yang bertugas begitu mesra sekali. Dia juga ada seorang anak kecil yang sangat comel. Apa lagi anak-anakku sangat seronok bermain dengan budak tu. Si Kak Yang siap cakap Cina dengan dia. Siap posing lagi...


Untuk beli insurans ni kena bawak geran kereta atau salinan geran yang telah disahkan oleh pihak pemberi pinjaman sekiranya masih dalam pinjaman. Buat salinan dua atau tiga keping so nanti senang kalau ada road block di sebelah Thailand nanti. Setelah insurans dan borang putih siap di isi kami pun bergerak ke pintu sempadan.


Insurans Thailand

Passport sekeluarga siap dengan borang putih



Kami terus bergerak melalui kaunter imigresen Malaysia. Proses di sini amat mudah. Hanya serahkan kesemua passport dari dalam kereta sahaja untuk dicop KELUAR. Setelah selesai aku terus memandu ke sebelah imigresen Thailand. Kami di arahkan untuk meletakkan kereta di tempat yang telah disediakan dan bergerak menuju ke kaunter imigresen. Proses di sini agak mengambil masa sedikit di mana setiap orang perlu di imbas muka mereka di depan kamera yang terletak di hadapan kaunter imigresen tersebut.


Petugas di kaunter imigresen Thailand

Selesai proses di kaunter imigresen, aku terus ke kaunter kastam untuk proses mendaftarkan kereta masuk ke Thailand. Dokumen yang diperlukan ialah salinan geran kereta dan insurans Thailand. Sekiranya kereta dipinjam dari orang lain perlu bawa surat kebenaran dari pemilik kenderaan terbabit. Satu salinan surat kebenaran membawa masuk kenderaan akan dikeluarkan oleh pihak kastam Thailand. Sila simpan surat ini dengan baik kerana ia perlu dikembalikan semula apabila anda kembali ke Malaysia nanti. Kalau tidak anda akan mendapat susah. Aku terlupa pulak nak ambil gambar surat kebenaran kastam tersebut.

Setelah selesai semua urusan dokumentasi, kami pun meneruskan perjalanan memasuki Thailand dengan hati yang riang dan semangat yang berkobar-kobar.




Syoknya...tak sabar nak sampai


Tapi yang frustnya GPS tak load peta Thailand. Aku fikirkan telah sedia ada kerana kereta yang aku naiki ni dibuat di Thailand. Tapi sangkaan aku meleset. Nampaknya kena lah aku tengok sign board dan bertanya sini sana. Itu pun kalau mereka faham.




Perjalanan di teruskan....ini lah gambar-gambar sepanjang perjalanan yang sempat dirakamkan dari dalam kereta.






Bersambung ke Part 2...

2 comments:

And juga mungkin meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...